BlackBerry Leap - Paparan Kenalan

background image

Paparan Kenalan

Apabila anda mengetik kenalan di aplikasi Kenalan, peranti BlackBerry anda menunjukkan banyak butiran mengenai
orang tersebut. Sesetengah maklumat, seperti hari lahir kenalan, syarikat tempat kerja orang itu serta gambarnya diambil
daripada akaun rangkaian sosial yang anda tambahkan pada peranti anda, seperti Twitter atau LinkedIn. Anda boleh
menambahkan maklumat lain. Terdapat tiga tab atau paparan yang boleh anda ketik melaluinya.

Butiran

Paparan ini menunjukkan gambaran keseluruhan butiran kenalan: cara menghubungi mereka, tempat kerja
mereka, hari lahir mereka dan maklumat penting lain mengenai mereka. Anda boleh mengetik pada nombor
telefon atau alamat e-mel untuk mula berhubung dengan kenalan.

Kemas kini

Paparan ini menunjukkan kemas kini terbaru kenalan anda daripada aplikasi rangkaian sosial seperti Twitter dan
Facebook. Jika anda menambahkan nama syarikat kenalan, paparan Kemas Kini turut menunjukkan berita tentang
syarikat itu kepada anda. Ketik pada kemas kini untuk melihatnya dalam aplikasi rangkaian sosial atau pelayar.

Aktiviti

Paparan ini menunjukkan interaksi akan datang dan interaksi lalu dengan kenalan anda. Ketik pada sebarang
aktiviti untuk terus ke acara itu pada peranti anda.