Mengemas kini tetapan e-mel selamat
Bergantung kepada keizinan anda, anda boleh menukar keselamatan e-mel yang digunakan untuk semua mesej yang
anda hantar. Contohnya, jika anda menggunakan S/MIME untuk melindungi mesej anda, anda boleh menghantar mesej
yang jelas ditandatangani yang boleh dibuka oleh sebarang aplikasi e-mel, atau mesej yang kabur ditandatangani yang
hanya boleh dibuka oleh aplikasi e-mel yang menyokong penyulitan.
1.
Dalam BlackBerry Hub, ketik
>
> Akaun E-mel.
2.
Ketik akaun.
3.
Ketik Tetapan E-mel Selamat.
4.
Lakukan mana-mana perkara berikut:
• Untuk menghidupkan pemesejan dilindungi S/MIME, ketik tab S/MIME. Hidupkan suis S/MIME.
• Untuk menghidupkan pemesejan dilindungi NNE, jika perlu, ketik tab NNE. Hidupkan suis NNE.
• Untuk menukar kaedah pengekodan utama yang digunakan bagi mesej yang anda hantar, pilih pilihan dalam
senarai juntai bawah Pengekodan Lalai.
• Untuk memilih kaedah pengekodan pilihan anda bagi digunakan untuk membalas atau memajukan mesej yang
anda hantar, pilih pilihan dalam senarai juntai bawah Pengekodan Mesej Keluar.
• Untuk menghantar mesej yang jelas ditandatangani, ketik tab SMIME. Hidupkan suis Hantar Mesej Teks Yang
Jelas Ditandatangani.
• Untuk menerima mesej amaran jika ada masalah dengan sijil, ketik tab S/MIME. Hidupkan suis Beri Amaran
Mengenai Masalah Dengan Sijil Saya.
• Untuk menghidupkan pemesejan dilindungi PGP, ketik tab PGP. Hidupkan suis PGP.
• Untuk memilih pasangan kunci bagi digunakan untuk menandatangani mesej yang anda hantar, pilih pilihan
dalam senarai juntai bawah Kunci Tandatangan PGP.
• Untuk memilih pasangan kunci bagi digunakan untuk menyulitkan mesej yang anda hantar, pilih pilihan dalam
senarai juntai bawah Kunci Penyulitan PGP.
Panduan Pengguna
BlackBerry Hub dan e-mel
82
• Untuk melihat butiran kunci PGP untuk pasangan kunci PGP yang disimpan di peranti BlackBerry anda, di bawah
sama ada senarai juntai bawah Kunci Tandatangan PGP atau Kunci Penyulitan PGP, ketik Lihat Kunci PGP.
• Untuk menerima mesej amaran jika ada masalah dengan kunci PGP, ketik tab PGP. Hidupkan suis Beri Amaran
Mengenai Masalah Dengan Kunci PGP Saya.
Mengkonfigurasi tetapan pelayan LDAP anda
Jika akaun e-mel anda disokong oleh Microsoft Exchange ActiveSync, dan organisasi anda menggunakan direktori LDAP,
anda boleh mengkonfigurasikan tetapan anda supaya sijil S/MIME bagi pengguna dalam direktori LDAP tersedia untuk
anda.
Pastikan anda tahu nama pelayan.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Keselamatan dan Privasi.
3.
Ketik Pelayan LDAP.
4.
Dalam medan Alamat Pelayan, masukkan alamat pelayan LDAP yang dikaitkan dengan akaun anda.
• Untuk menetapkan tempat bagi pelayan LDAP mula mencari maklumat sijil S/MIME, masukkan nama dibezakan
asas dalam medan Asas Carian.
• Untuk menentukan skop carian pelayan LDAP, dalam senarai juntai bawah Skop Carian, ketik pilihan.
• Untuk mendayakan jenis pengesahan, dalam senarai juntai bawah Jenis Pengesahan, ketik pilihan.
• Jika anda mendayakan jenis Pengesahan mudah, dalam medan ID Pengguna LDAP dan Kata Laluan LDAP,
masukkan nama pengguna dan kata laluan anda.
• Untuk mendayakan Keselamatan Lapisan Pengangkutan, hidupkan suis Gunakan Sambungan Selamat.
• Untuk memilih tempoh menunggu bagi pelayan LDAP memberi respons, dalam senarai juntai bawah Tamat
Masa, ketik pilihan.