Mengenai mesej amaran awam
Sistem amaran awam digunakan untuk menghantar mesej makluman kepada pengguna dengan peranti mudah alih yang
didayakan. Mesej amaran awam ialah mesej teks yang memaklumkan pengguna tentang kemungkinan ancaman terhadap
keselamatan dalam kawasan mereka. Mesej boleh termasuk amaran cuaca buruk, makluman kanak-kanak hilang atau
kecemasan negara.
Bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, mesej amaran awam tidak dikira dalam penggunaan data di
bawah pelan perkhidmatan wayarles anda. Ciri ini mungkin tidak disokong, bergantung pada rantau, pembekal khidmat
dan rangkaian wayarles anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat atau pentadbir anda.
Berhenti melanggan mesej amaran awam
Anda mungkin tidak dapat berhenti melanggan sesetengah mesej amaran awam, bergantung pada rantau dan rangkaian
wayarles anda.
1.
Dalam BlackBerry Hub, ketik
>
> Pemberitahuan Kecemasan.
2.
Matikan suis di sebelah jenis amaran awam.
Panduan Pengguna
BlackBerry Hub dan e-mel
92