BlackBerry Leap - Menyediakan akaun kerja

background image

Menyediakan akaun kerja
Menambah akaun kerja yang disokong oleh penyelesaian EMM daripada

BlackBerry

Jika organisasi anda menggunakan penyelesaian EMM daripada BlackBerry, anda boleh menambahkan akaun kerja anda
pada peranti dan memanfaatkan ciri seperti BlackBerry Balance. Jika organisasi anda belum menaik taraf kepada
BlackBerry Enterprise Service 10 dan menggunakan BlackBerry Enterprise Server 5 atau yang lebih awal, anda masih
dapat menambahkan akaun kerja anda dan menggunakannya dengan Microsoft Exchange ActiveSync. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pentadbir anda.
Pastikan anda mengetahui perkara berikut daripada pentadbir anda:

• Nama pengguna anda
• Kata laluan pengaktifan perusahaan anda
• Nama pelayan

1.

Pada skrin Tambah Akaun, ketik

> Akaun Kerja.

2.

Masukkan nama pengguna, kata laluan pengaktifan dan alamat pelayan untuk akaun anda.

3.

Ketik Selesai.

Setelah anda menambahkan akaun kerja, ikut gesaan supaya menetapkan kata laluan ruang kerja untuk digunakan
dengan BlackBerry Balance dan memasukkan kata laluan rangkaian kerja anda.

Tambah akaun e-mel yang disokong oleh Microsoft Exchange ActiveSync

Pastikan anda mengetahui perkara berikut daripada pentadbir anda atau pembekal khidmat e-mel anda:

• Nama pengguna dan kata laluan rangkaian kerja anda
• Alamat pelayan

Apabila anda menambahkan akaun e-mel yang disokong oleh Microsoft Exchange ActiveSync, mesej, acara kalendar,
kenalan, tugas dan nota yang dikaitkan dengan akaun disegerakkan dengan peranti BlackBerry anda.

1.

Pada skrin Tambah Akaun, ketik

> Microsoft Exchange ActiveSync.

2.

Masukkan nama pengguna, alamat e-mel, kata laluan dan alamat pelayan untuk akaun.
• Untuk mematikan e-mel tolak, matikan suis Tolak. Untuk menetapkan kekerapan peranti anda menyemak mesej

baru, ketik pilihan dalam senarai juntai bawah Segerakkan Selang Masa.

• Untuk menggunakan VPN organisasi anda, hidupkan suis Guna VPN.
• Untuk menukar tempoh mesej yang disegerakkan pada peranti anda, ketik pilihan dalam senarai juntai bawah

Rangka Masa Penyegerakan.

• Untuk menukar tempoh acara kalendar yang disegerakkan pada peranti anda, ketik pilihan dalam senarai juntai

bawah Rangka Masa Penyegerakan Kalendar.

Panduan Pengguna

BlackBerry Hub dan e-mel

66

background image

3.

Ketik Seterusnya.

Petua: Apabila anda benderakan mesej e-mel dalam akaun Microsoft Exchange ActiveSync anda, ia juga dibenderakan
dalam aplikasi Remember.

Menambah akaun e-mel IBM Notes Traveler

Pastikan anda mengetahui perkara berikut daripada pentadbir atau pembekal perkhidmatan e-mel anda:

• Nama pengguna dan kata laluan rangkaian kerja anda
• Alamat pelayan

Apabila anda menambahkan akaun e-mel IBM Notes Traveler, mesej, acara kalendar, kenalan, tugas dan nota yang
dikaitkan dengan akaun akan disegerakkan dengan peranti BlackBerry anda.

1.

Pada skrin Tambah Akaun, ketik

> IBM Notes Traveler.

2.

Masukkan nama pengguna, alamat e-mel, kata laluan dan alamat pelayan untuk akaun.
• Untuk mematikan e-mel tolak, matikan suis Tolak. Untuk menetapkan kekerapan peranti anda menyemak mesej

baru, ketik pilihan dalam senarai juntai bawah Segerakkan Selang Masa.

• Untuk menggunakan VPN organisasi anda, hidupkan suis Guna VPN.
• Untuk menukar tempoh mesej yang disegerakkan pada peranti anda, ketik pilihan dalam senarai juntai bawah

Rangka Masa Penyegerakan.

• Untuk menukar tempoh acara kalendar yang disegerakkan pada peranti anda, ketik pilihan dalam senarai juntai

bawah Rangka Masa Penyegerakan Kalendar.

3.

Ketik Seterusnya.

Tambah akaun e-mel IMAP atau POP

Pastikan anda mengetahui maklumat berikut daripada pentadbir atau pembekal perkhidmatan e-mel anda:

• Jenis pelayan pemesejan (POP atau IMAP)
• Alamat pelayan pemesejan masuk dan keluar
• Nombor port pelayan pemesejan masuk dan keluar
• Tetapan SSL pelayan pemesejan masuk dan keluar

Nota: Untuk meningkatkan kelajuan pengaktifan akaun e-mel IMAP, adalah disyorkan supaya anda memasukkan Awalan
Laluan IMAP. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pentadbir anda.

1.

Pada skrin Tambah Akaun, ketik

> IMAP atau POP.

2.

Masukkan maklumat akaun.
• Untuk menetapkan kekerapan peranti BlackBerry anda menyemak mesej baru (jika e-mel tolak tidak disokong),

ketik pilihan dalam senarai juntai bawah Selang Penyegerakan.

• Untuk menukar jumlah masa mesej boleh diambil di peranti anda, dalam senarai juntai bawah Segerakkan

Rangka Masa, ketik pilihan.

Panduan Pengguna

BlackBerry Hub dan e-mel

67

background image

3.

Ketik Selesai.

Tambah akaun CalDAV atau CardDAV

Pastikan anda mengetahui perkara berikut:

• Nama pengguna dan kata laluan anda
• Alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun
• Alamat e-mel untuk akaun

Anda boleh menambahkan akaun CalDAV untuk menyegerakkan acara kalendar atau akaun CardDAV untuk
menyegerakkan kenalan.

1.

Pada skrin Tambah Akaun, ketik

> CalDAV atau CardDAV.

2.

Masukkan maklumat akaun.

3.

Ketik Selesai.