Jika peranti anda tidak disambungkan ke rangkaian wayarles, atau jika perkhidmatan data dimatikan, anda masih perlu
cuba mengunci peranti anda dan memadam data anda dengan menggunakan laman web BlackBerry Protect. Apabila
peranti anda disambung lagi ke rangkaian wayarles atau perkhidmatan data dihidupkan, peranti anda direka untuk
mengunci dan memadam semua data.
Jika anda belum menyediakan BlackBerry Protect pada peranti anda, hubungi pembekal perkhidmatan atau pentadbir
anda dan laporkan peranti anda sebagai hilang atau dicuri. Pembekal perkhidmatan atau pentadbir anda mempunyai
keupayaan untuk mengunci peranti dan memadam data anda dari jauh.
Jika anda mengesyaki peranti anda dicuri dan mencari peranti anda menggunakan laman web BlackBerry Protect,
hubungi agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan anda untuk mendapatkan semula peranti anda. Jangan cuba
untuk mendapatkan semula peranti anda sendiri.
BlackBerry Protect