Sediakan BlackBerry Protect pada peranti anda
Nama pengguna BlackBerry ID anda perlu mempunyai alamat e-mel yang sah.
Untuk menggunakan BlackBerry Protect, peranti BlackBerry anda hendaklah disambungkan ke rangkaian wayarles.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > BlackBerry Protect.
3.
Hidupkan suis BlackBerry Protect.
4.
Jika digesa, daftar masuk dengan BlackBerry ID anda.
5.
Jika digesa, sahkan bahawa nama pengguna BlackBerry ID anda ialah alamat e-mel yang sah.
6.
Untuk membolehkan anda melihat lokasi semasa peranti anda pada peta, ketik Perkhidmatan Lokasi. Hidupkan suis
Perkhidmatan Lokasi.
Untuk menggunakan ciri BlackBerry Protect, pergi ke
http://protect.blackberry.com
dan daftar masuk dengan BlackBerry
ID anda.
Untuk mematikan BlackBerry Protect, pada peranti anda, matikan suis BlackBerry Protect. Masukkan kata laluan untuk
BlackBerry ID anda. Ketik Sahkan.