BlackBerry Leap - Lindungi kad SIM anda dengan PIN

background image

Lindungi kad SIM anda dengan PIN

Anda boleh menggunakan PIN kad SIM untuk menghalang penggunaan kad SIM anda tanpa kebenaran dalam peranti
lain. Contohnya, jika anda kehilangan kad SIM anda dan seseorang cuba menggunakannya dalam peranti lain, kad SIM
tidak dapat digunakan melainkan PIN dimasukkan dengan betul.
Anda boleh meminta PIN untuk kad SIM anda daripada pembekal perkhidmatan anda.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kad SIM.

3.

Hidupkan suis Kunci PIN Kad SIM.

4.

Taipkan PIN kad SIM yang diberikan oleh pembekal perkhidmatan.

AWAS: Jika anda melebihi bilangan percubaan yang dibenarkan untuk memasukkan PIN kad SIM, kad SIM anda akan
berhenti berfungsi. Untuk membuka kunci kad SIM anda, hubungi pembekal perkhidmatan anda.

Panduan Pengguna

Keselamatan dan sandaran

296

background image

Tukar PIN kad SIM anda

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kad SIM.

• Untuk menukar PIN yang melindungi kad SIM anda, ketik Tukar PIN 1.
• Untuk menukar PIN yang mengawal akses ke ciri panggilan seperti dailan tetap, ketik Tukar PIN 2.