Menyediakan peranti anda
Untuk menyediakan peranti BlackBerry 10, anda memerlukan kad SIM mikro. Jika anda tidak memiliki kad SIM atau tidak
memiliki jenis kad SIM yang betul, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
17
Jika anda mahu storan lebih besar untuk gambar, video, muzik dan dokumen, masukkan kad media (kad microSD).
Apabila anda bersedia, buka aplikasi Persediaan. Aplikasi ini membantu anda memindahkan kandungan daripada peranti
lama anda, dan menambah e-mel, BBM, pemesejan segera dan akaun rangkaian sosial.
Masukkan kad SIM
AWAS: Peranti BlackBerry anda direka bentuk untuk digunakan dengan kad SIM mikro. Untuk mengelakkan kemungkinan
kerosakan pada peranti anda, jangan masukkan penyesuai kad SIM ke dalam peranti anda.
Bergantung pada pembekal khidmat anda dan tempat anda membeli peranti, BlackBerry kad SIM mungkin telah
dimasukkan.
1.
Buka penutup di sebelah kiri peranti anda.
2.
Dengan sesentuh logam membelakangi anda, masukkan kad SIM mikro ke dalam slot atas seperti ditunjukkan.
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
18
Masukkan kad media
1.
Buka penutup di sebelah kiri peranti anda.
2.
Dengan sesentuh logam membelakangi anda, masukkan kad media (kad mikroSD) ke dalam slot bawah.
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
19
Menyediakan peranti anda menggunakan aplikasi
Persediaan
Petua: Sambungan rangkaian diperlukan untuk sesetengah ciri dalam aplikasi Persediaan.
Anda boleh menggunakan aplikasi Persediaan untuk melakukan mana-mana perkara berikut:
• Ketahui mengenai ciri baru dan lihat tutorial untuk mengetahui tentang gerak isyarat dan kekunci
• Tambah e-mel, BBM, pemesejan segera dan akaun rangkaian sosial anda
• Ketahui cara memindahkan kandungan daripada peranti lama anda
• Menyesuaikan bunyi dan pemberitahuan anda
• Tetapkan kata laluan untuk peranti anda
• Sediakan pilihan pembayaran untuk pembelian dari kedai BlackBerry World
• Menyesuaikan tetapan peranti anda
Aplikasi Persediaan menggesa anda untuk mendaftar masuk dengan BlackBerry ID sedia ada anda dan membolehkan
anda untuk mencipta yang baru. Jika anda tidak pasti sama ada anda sudah mempunyai BlackBerry ID, lawati
www.blackberry.com/blackberryid
di komputer anda.
Untuk membuka aplikasi Persediaan, pada skrin utama, ketik
.