BlackBerry Leap - Perihal pemberitahuan

background image

Perihal pemberitahuan

Profil pemberitahuan

Anda boleh menggunakan profil pemberitahuan pada peranti BlackBerry anda untuk mengawal bagaimana anda
dimaklumkan untuk mesej baru dan panggilan telefon. Secara lalai, peranti anda disertakan dengan tujuh profil
pemberitahuan, termasuk Biasa, Panggilan Telefon Hanya, Getar Sahaja, Senyap, Jangan Ganggu, Mesyuarat dan Sisi
Katil. Setiap profil mempunyai tetapan lalai, tetapi anda boleh menyesuaikan tetapan dan menukar perkara-perkara
seperti paras kelantangan dan nada dering. Anda juga boleh menambah profil pemberitahuan anda sendiri dan
menyesuaikan tetapan.

Pemberitahuan aplikasi disesuaikan

Anda boleh menetapkan tetapan pemberitahuan disesuaikan untuk aplikasi dalam profil tertentu. Penyesuaian tahap
aplikasi ditetapkan secara per profil, bermakna anda boleh menetapkan tetapan pemberitahuan yang berbeza untuk
aplikasi yang sama. Penyesuaian aplikasi membatalkan tetapan bagi profil pemberitahuan.

Pemberitahuan kenalan khusus

Anda boleh menetapkan pemberitahuan kenalan khusus yang boleh membatalkan tetapan pemberitahuan untuk profil
dan aplikasi, bergantung kepada bagaimana tetapan pemberitahuan disediakan. Penyesuaian kenalan boleh ditetapkan
untuk membatalkan tetapan bagi profil pemberitahuan dan sebarang tetapan pemberitahuan aplikasi disesuaikan yang
anda tetapkan, atau pemberitahuan kenalan khusus boleh mengikut tetapan tersebut.

Pemberitahuan Tahap 1

Anda juga boleh menetapkan pemberitahuan Tahap 1 untuk mesej tertentu dan menerima pemberitahuan tersuai untuk
mesej ini yang membatalkan semua tetapan pemberitahuan sedia ada.