Ikon bateri dan mengecas
Ikon paras kuasa bateri dipaparkan di sebelah atas skrin utama pada peranti BlackBerry anda.
Ikon
Penerangan
Bateri sedang dicas.
Bateri telah dicas sepenuhnya.
Bateri tidak dicas kerana sumber kuasa tidak memberikan
kuasa secukupnya. Gunakan pengecas yang dibekalkan
dengan peranti BlackBerry anda untuk mengecas bateri.
Cas bateri rendah dan sambungan wayarles anda mungkin
dimatikan untuk mengekalkan kuasa. Jika cas bateri
menjadi terlalu rendah, peranti anda mungkin dimatikan.
Simpan sebarang kerja yang sedang dilakukan dan cas
peranti anda.
Terdapat masalah dengan bateri dan bateri itu mungkin
perlu digantikan. Gunakan bateri yang diluluskan oleh
BlackBerry sahaja untuk model peranti anda.
Untuk menggantikan bateri, hubungi pembekal khidmat
anda.
Panduan Pengguna
Tetapan
140
Ikon
Penerangan
Bateri tidak tersambung. Untuk bantuan, hubungi
pembekal khidmat anda.