Keselamatan peranti dan bateri
Anda harus menggunakan bateri yang ditentukan oleh BlackBerry untuk digunakan dengan model peranti BlackBerry
khusus anda. Jika anda menggunakan sebarang bateri lain, anda boleh membatalkan sebarang waranti yang diberikan
dengan peranti anda.
Panduan Pengguna
Tetapan
145
AWAS: Terdapat risiko letupan jika bateri diganti dengan jenis bateri yang salah. Jangan cuba menggantikan bateri anda
yang tidak boleh ditanggalkan. Hanya kakitangan servis yang layak sahaja harus melakukan pembaikan atau penggantian
bateri kepada peranti anda.
Pelupusan peranti dan bateri
Sila kitar semula peranti BlackBerry dan bateri anda mengikut peraturan tempatan anda. Jangan lupuskan peranti
atau bateri anda di dalam api. Peranti atau bateri anda tidak seharusnya dibuang dalam tong sampah rumah anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang memulangkan peranti anda ke BlackBerry untuk dikitar semula dan dilupuskan
dengan selamat, dari pelayar pada komputer anda, lawati
www.blackberry.com/recycling
. Program kitar semula dan tukar
beli hanya tersedia di kawasan tertentu.
BlackBerry dan kemapanan alam sekitar
BlackBerry komited dalam mengurangkan impak alam sekitar bagi produk BlackBerry. Untuk mengetahui selanjutnya
tentang usaha kemapanan di BlackBerry, lawati
http://ca.blackberry.com/company/about-us/corporate-responsibility/
product-sustainability.html
.