BlackBerry Leap - Menggunakan isyarat audio dengan BlackBerry Screen Reader

background image

Menggunakan isyarat audio dengan BlackBerry Screen Reader

BlackBerry Screen Reader anda boleh memancarkan isyarat audio untuk acara pada peranti BlackBerry anda. Secara

lalai, tetapan ini dihidupkan dan anda mendengar isyarat audio untuk perkara berikut:
• Ralat tugas
• Memulakan atau menamatkan tugas
• Halaman atau skrin disegarkan semula atau diubah
• Anda menukar suis, kotak semak atau pilihan
• Menu dibuka atau ditutup
• Papan kekunci boleh dilihat atau tersembunyi, jika anda mempunyai peranti semua sentuhan.

Menghidupkan isyarat audio untuk BlackBerry Screen Reader

menggunakan gerak isyarat

Apabila anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader, anda menggunakan gerak isyarat untuk menyelesaikan tugas.

1.

Apabila anda telah menghidupkan BlackBerry Screen Reader, leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari untuk

mengakses mod Tugas Pantas.

2.

Ketik dengan satu jari untuk membuka tetapan BlackBerry Screen Reader.

3.

Ketik bunyi Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan bunyi

Pembaca Skrin.

4.

Hidupkan suis.