BlackBerry Leap - Menukar bahasa BlackBerry Screen Reader menggunakan gerak isyarat

background image

Menukar bahasa BlackBerry Screen Reader menggunakan gerak isyarat

Jika anda bercakap lebih daripada satu bahasa, BlackBerry Screen Reader anda juga boleh. Anda boleh menukar dengan
cepat bahasa teks kepada pertuturan (TTS) jika anda membaca kandungan web atau mesej e-mel dalam bahasa yang lain
daripada bahasa pilihan yang anda tetapkan untuk peranti BlackBerry anda.
Apabila anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader, anda menggunakan gerak isyarat untuk menyelesaikan tugas.

1.

Apabila anda telah menghidupkan BlackBerry Screen Reader, leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari untuk

mengakses mod Tugas Pantas.

2.

Ketik dengan satu jari untuk membuka tetapan BlackBerry Screen Reader.

3.

Leret ke bawah dengan dua jari untuk menatal ke bahagian bawah tetapan BlackBerry Screen Reader.

4.

Ketik Bahasa Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan

Bahasa Pembaca Skrin dan membuka senarai juntai bawah bahasa.