BlackBerry Leap - Memulihkan data peranti anda

background image

Memulihkan data peranti anda

Dengan BlackBerry Link, anda boleh memulihkan fail sandaran yang termasuk data yang disokong daripada peranti yang
menjalankan BlackBerry Device Software 5.0 atau yang lebih baru dan BlackBerry 10 OS.
Pada komputer Windows, lakukan yang berikut:

1. BukaBlackBerry Link.
2. Sambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB.
3. Di bahagian tepi tetingkap BlackBerry Link, klik peranti anda.
4. Klik Sandarkan & Pulihkan.
5. Lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk memulihkan semua data dalam fail sandaran ke peranti anda, klik fail sandaran.
• Untuk memulihkan data tertentu dalam fail sandaran ke peranti anda, klik fail sandaran. Pilih pilihan Pemulihan

Tersuai. Kosongkan kotak semak di sebelah satu atau lebih pangkalan data yang anda tidak mahu pulihkan.

• Untuk memulihkan data daripada fail sandaran yang tidak tersenarai, klik Ikon

. Navigasi ke fail .bbb atau .ipd.

Klik OK.

6. Klik Pulihkan.

Pada komputer Mac, lakukan yang berikut:

1. BukaBlackBerry Link.
2. Sambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB.
3. Di bahagian tepi tetingkap BlackBerry Link, klik peranti anda.
4. Klik Sandarkan & Pulihkan.
5. Klik Pulihkan Peranti.
6. Lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk memulihkan semua data dalam fail sandaran ke peranti anda, klik fail sandaran.
• Untuk memulihkan data tertentu dalam fail sandaran ke peranti anda, klik fail sandaran. Kosongkan kotak semak

Pulihkan semua data. Kosongkan kotak semak di sebelah satu atau lebih pangkalan data yang anda tidak mahu
pulihkan.

• Untuk memulihkan data daripada fail sandaran yang tidak tersenarai, klik Tukar. Navigasi ke fail .bbb atau .ipd. Klik

OK.

Panduan Pengguna

Tetapan

218

background image

• Untuk mengalih keluar semua data peranti anda dan memulihkan peranti anda kepada tetapan kilang lalai, klik

Pulihkan kepada tetapan kilang.

7. Klik Pulihkan.

Mengenai mengemas kini perisian peranti anda

dengan BlackBerry Link

Anda mungkin ingin mengemas kini perisian peranti anda atas sebarang alasan yang berikut:
• Untuk mengakses aplikasi dan ciri terkini
• Untuk menyelesaikan isu teknikal
• Pembekal perkhidmatan anda memerlukan anda mengemas kini perisian peranti anda
Jika versi baru perisian peranti tersedia untuk peranti anda, pemberitahuan muncul di komputer anda di sebelah nama

peranti anda dalam BlackBerry Link. Anda boleh memilih untuk memuat turun kemas kini perisian peranti secara

automatik dan juga mengemas kini kepada perisian BlackBerry Link.
Data dan tetapan anda dipulihkan secara automatik ke peranti anda apabila kemas kini perisian selesai. Ia boleh

mengambil masa sehingga satu jam untuk mengemas kini perisian peranti anda. Pada ketika itu, anda tidak boleh

memutuskan sambungan peranti anda daripada komputer anda.