Taip aksara beraksen
Senarai aksen yang tersedia bergantung kepada bahasa input aktif. Jika anda menetapkan berbilang bahasa input, aksen
untuk bahasa yang boleh diramal bersama muncul untuk huruf. Contohnya, apabila bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman
ditetapkan, oleh kerana abjadnya adalah serupa, anda mendapat pilihan aksen untuk ketiga-tiga bahasa.
1.
Pada Papan Kekunci BlackBerry, sentuh dan tahan huruf yang anda ingin tambahkan aksen.
2.
Apabila aksara beraksen muncul di sebelah atas huruf, luncurkan jari anda pada aksara beraksen yang ingin anda
taip.
3.
Angkat jari anda.
Petua: Untuk menaip aksara besar beraksen, ketik
dahulu. Atau, apabila jari anda berada pada aksara beraksen yang
mahu anda taip, jika anda berhenti sejenak sebelum mengangkat jari anda, aksara beraksen itu akan bertukar kepada
aksara besar.