Berkongsi sambungan Internet anda menggunakan mod Hotspot Mudah
Alih
Ciri ini membolehkan anda menyambungkan peranti anda ke Internet di mana-mana sahaja yang terdapat sambungan
rangkaian mudah alih pada peranti BlackBerry anda. Akan tetapi memandangkan ciri ini menggunakan rangkaian mudah
alih, anda mungkin dikenakan caj data yang tinggi.
Pada sesetengah rangkaian mudah alih, perkhidmatan seperti e-mel dan BBM mungkin tidak tersedia ketika mod Hotspot
Mudah Alih dihidupkan.
Setelah anda menyediakan mod Hotspot Mudah Alih pada peranti BlackBerry anda, anda dapat bersambung ke hotspot
mudah alih dengan peranti yang didayakan Wi-Fi seperti bersambung ke mana-mana penghala biasa.
Sebelum anda menggunakan mod Hotspot Mudah Alih, baca maklumat keselamatan dan produk yang terkini di
www.blackberry.com/docs/smartphones
.
Gunakan Hotspot Mudah Alih yang dibuat untuk berkongsi sambungan
Internet anda
Sebelum anda menghidupkan mod Hotspot Mudah Alih, semak untuk memastikan sambungan peranti BlackBerry anda
ke rangkaian mudah alih dihidupkan.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Hotspot Mudah Alih.
3.
Jika anda belum pernah menggunakan mod Hotspot Mudah Alih, lengkapkan arahan pada skrin. Baca skrin dengan
teliti kerana maklumat penting diberikan tentang ciri Hotspot Mudah Alih. Ingat kata laluan Hotspot Mudah Alih anda
untuk digunakan kemudian.
4.
Hidupkan suis Hotspot Mudah Alih .
5.
Menerima permintaan daripada peranti lain untuk menyambung ke hotspot mudah alih anda.
Pengguna peranti yang menyambung ke hotspot mudah alih anda mesti mengetahui nama hotspot mudah alih anda dan
kata laluan yang anda tetapkan semasa proses persediaan.
Panduan Pengguna
Tetapan
169