Penyelesaian masalah: Mod Hotspot Mudah Alih
Saya tidak dapat menggunakan peranti saya sebagai hotspot mudah alih
• Semak untuk memastikan anda disambungkan ke rangkaian mudah alih. Jika
muncul di penjuru atas sebelah
kanan skrin utama, maka rangkaian mudah alih hidup dan disambungkan.
• Semak bahawa pelan perkhidmatan wayarles anda disediakan untuk menggunakan mod Hotspot Mudah Alih. Jika
tidak, anda perlu menukar pelan perkhidmatan anda sebelum mod Hotspot Mudah Alih dapat berfungsi pada peranti
BlackBerry anda.
• Pembekal perkhidmatan wayarles anda mungkin tidak membenarkan penggunaan mod Hotspot Mudah Alih semasa
dalam perayauan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak pelan perkhidmatan anda atau hubungi pembekal
perkhidmatan wayarles anda.
• Jika pelan perkhidmatan wayarles anda menyokong penggunaan mod Hotspot Mudah Alih ketika perayauan, pada
skrin tetapan Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Rangkaian Mudah Alih, pastikan suis Perkhidmatan Data
dihidupkan dan pilihan dalam senarai juntai bawah Perkhidmatan data semasa perayauan ditetapkan kepada Hidup.
• Jika anda menggunakan peranti anda untuk kerja, organisasi anda mungkin tidak membenarkan penggunaan mod
Hotspot Mudah Alih. Untuk maklumat selanjutnya, semak dengan pentadbir anda.
Panduan Pengguna
Tetapan
170
Saya tidak dapat menyambungkan berbilang peranti pada hotspot
mudah alih saya
Bergantung pada pelan perkhidmatan wayarles anda, anda mungkin tidak dapat menyambungkan berbilang peranti pada
hotspot mudah alih anda atau bilangan peranti yang anda boleh sambungkan mungkin kurang daripada lapan.