
Penyelesaian masalah: Penambatan Internet
Saya tidak dapat menggunakan penambatan Internet
• Semak untuk memastikan peranti BlackBerry anda disambungkan ke rangkaian mudah alih. Jika
muncul di
penjuru atas sebelah kanan skrin utama, maka peranti anda disambungkan ke rangkaian mudah alih.
• Semak bahawa pelan perkhidmatan wayarles anda disediakan untuk menggunakan penambatan Internet. Jika tidak,
anda perlu menukar pelan perkhidmatan anda sebelum anda dapat menggunakan penambatan Internet.
• Jika pelan perkhidmatan wayarles anda menyokong penambatan Internet ketika perayauan, pada skrin tetapan
Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Rangkaian Mudah Alih, pastikan suis Perkhidmatan Data dihidupkan dan
pilihan dalam senarai juntai bawah Perkhidmatan data semasa perayauan ditetapkan kepada Hidup.
• Jika anda menggunakan peranti anda untuk kerja, organisasi anda mungkin tidak membenarkan penggunaan
penambatan Internet. Untuk maklumat selanjutnya, semak dengan pentadbir anda.