BlackBerry Leap - Perayauan

background image

Perayauan

Dalam kebanyakan kes, peranti BlackBerry anda bersambung dengan rangkaian wayarles yang sesuai apabila anda

berjalan di luar kawasan liputan pembekal perkhidmatan wayarles anda. Dalam sesetengah kes, anda perlu menghubungi

pembekal anda supaya kad SIM atau peranti anda dapat diperuntukkan dengan betul. Jika anda tidak pasti sama ada

peranti anda telah disediakan untuk perayauan atau kadar bayaran perayauan yang akan dikenakan, adalah lebih baik

sekiranya anda menyemak dengan pembekal perkhidmatan wayarles sebelum anda membuat perjalanan.

Tukar rangkaian wayarles secara manual

Peranti BlackBerry anda direka bentuk supaya bertukar ke rangkaian wayarles yang sesuai secara automatik semasa anda
berjalan tetapi anda mungkin perlu cuba menukar rangkaian secara manual jika anda menghadapi masalah untuk
bersambung atau jika isyarat rangkaian lemah.
Untuk bertukar rangkaian wayarles secara manual, pelan perkhidmatan wayarles anda mestilah menyertakan
perkhidmatan ini dan peranti anda hendaklah disambungkan ke rangkaian GSM atau UMTS.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Rangkaian Mudah Alih.

3.

Jika suis Rangkaian Mudah Alih dimatikan, hidupkannya.

4.

Dalam senarai juntai bawah Mod Pemilihan Rangkaian, ketik Manual.

5.

Apabila peranti anda selesai mengimbas rangkaian, ketik rangkaian.

Panduan Pengguna

Tetapan

152

background image

Matikan perkhidmatan data semasa dalam perayauan

Bergantung pada pelan perkhidmatan wayarles anda, anda mungkin dapat mematikan perkhidmatan data (mesej e-mel,
mesej PIN, SMS dengan lampiran dan perkhidmatan pelayar) pada peranti BlackBerry anda supaya hanya telefon dan
pemesejan teks asas sahaja yang tersedia. Mematikan perkhidmatan data semasa dalam perayauan mungkin menghalang
anda daripada menerima caj perayauan tambahan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pembekal
perkhidmatan wayarles anda.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Rangkaian Mudah Alih.

3.

Jika suis Rangkaian Mudah Alih dimatikan, hidupkannya.

4.

Dalam senarai juntai bawah Perkhidmatan data semasa dalam perayauan, ketik Mati atau Gesa.