
Sambungan Wi-Fi
Sambungan rangkaian Wi-Fi ialah satu cara untuk mendapatkan perkhidmatan data pada peranti BlackBerry anda tetapi
tidak seperti menggunakan rangkaian mudah alih, menggunakan Wi-Fi tidak menambahkan caj pada pelan data anda.
Peranti anda direka bentuk untuk cuba menggunakan rangkaian Wi-Fi yang disimpan sebelum cuba menggunakan
rangkaian mudah alih untuk fungsi asas data seperti menggunakan Internet atau memuat turun aplikasi. Anda boleh
membiarkan Wi-Fi dihidupkan supaya apabila anda berada dalam liputan rangkaian Wi-Fi yang disimpan, peranti anda
boleh menyambungnya secara automatik.