Sambung ke peranti lain menggunakan Wi-Fi Direct
Pada peranti BlackBerry yang anda ingin sambungkan, pada skrin tetapan Wi-Fi, tab Wi-Fi Direct mesti dipilih. Untuk
menyambung ke jenis peranti Wi-Fi CERTIFIED yang lain, lihat dokumentasi peranti tersebut.
Wi-Fi Direct boleh membenarkan peranti anda menyambung ke peranti BlackBerry lain tanpa menggunakan pusat akses
atau penghala supaya anda boleh berkongsi fail, seperti fail media, tanpa sambungan Internet.
Panduan Pengguna
Tetapan
157
Nota: Walaupun anda boleh menggunakan Wi-Fi Direct untuk menyambung peranti anda ke jenis peranti Wi-Fi CERTIFIED
yang lain, aplikasi di peranti anda mungkin tidak dapat berkongsi fail dengan peranti lain.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Wi-Fi.
3.
Jika suis Wi-Fi dimatikan, hidupkan suis.
4.
Ketik Wi-Fi Direct.
5.
Ketik peranti yang anda ingin sambung.
Untuk membuka sambungan Wi-Fi Direct, peranti yang anda ingin sambungkan mesti menerima jemputan untuk
menyambung.